EDITOR

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke Laman Arena Bahasa ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek BMM3105 iaitu En. Tommy Hj. Nolie dan Pn. Norsalawati Abu Bakar kerana banyak membantu dan membimbing saya dan rakan seperjuangan saya yang lain dalam membina dan mewujudkan laman seumpama ini.

 

Elok kiranya jika saya memperkenalkan diri saya. Bak kata orang dulu-dulu, tak kenal, maka tak cinta. Nama diberi Nurlisa Binti Kamba. Dilahirkan pada 28 Jun 1990 dan kini berusia 21 tahun. Saya dilahirkan di Brumas, Tawau tetapi kini menetap di Beaufort bersama ahli keluarga yang tercinta. Saya juga merupakan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah iaitu dari unit PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010.

 

Berbekalkan semangat untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, dengan moto hidup "Sedia Gempur" saya, InsyaAllah saya akan berusaha sedaya upaya saya agar dapat meningkatkan kemahiran diri untuk menjadi seorang guru yang berdaya saing, memikul tangungjawab dengan bersungguh-sungguh dan menjadi teladan kepada bakal anak murid saya nanti. Mudah-mudahan impian dan harapan tercapai. Sekian. 

 

Akhir kata daripada saya, segala kebaikan datang daripada Tuhan sekalian alam, segala kekurangan adalah daripada saya sendiri. Sila tinggalkan komen ataupun cadangan anda di ruangan Coretan Pengunjung. Segala pandangan anda sangat saya hargai. 


LOKASI IPG KAMPUS KENT TUARAN, SABAH