Fri

28

Feb

2014

Contoh soalan temuduga SPP

Contoh soalan temuduga SPP
Di sini saya kumpulkan semula kesemua soalan SPP saya, rakan2 & sumber tambahan daripada perkongsian insan lain di laman blog masing-masing. semoga berjaya..
Soalan SPP.docx
Microsoft Word Document 25.2 KB
0 Comments

Wed

20

Apr

2011

Akibat Menjilat Pelekat Sampul Surat

“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.

 

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.

 

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

 

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

 

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN. Andy Humes menulis:

 

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

 

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

 

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

 

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

 

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

 

 

1 Comments

Wed

23

Feb

2011

Nilai Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

 

“Ya, nak tanya apa?”

 

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

 

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

 

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

 

“20 ringgit sejam.”

 

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

 

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

 

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.

 

Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

 

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

 

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

 

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

 

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

 

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

 

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

 

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

 

Moral :

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...

3 Comments

Mon

07

Feb

2011

JENIS-JENIS INGATAN MANUSIA

i.Daftar Sensori / Deria

- Input utama daripada penglihatan dan bunyi
- Pemprosesan berlaku dalam 3 hingga 5 saat
- Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar
- Maklumat yang diterima, dipantau pada tahap perhatian yang rendah dan respons secara terpilih

ii.Ingatan Jangka Pendek
- Maklumat berada dalam keadaan aktif selama 15 hingga 20 saat (lama jika ada praktis)
- 3 cara menangani tugasan kognitif ialah chunk, proses satu per satu ketika (pemprosesan serial), automaticity
- Elaborative rehearsal – simpan maklumat dengan menghubungkaitkan dengan sesuatu yang diketahui.
- Maklumat akan hilang jika tidak diulangi dalam masa 20 saat.atau bilangan item melebihi 5 - 9 unit.

 

iii. Ingatan Jangka Panjang
- Stor simpanan pengetahuan yang kekal
- Mempunyai tempoh masa dan kapasiti yang tidak terhad
- Konsep disimpan dalam jaringan perkaitan bermakna secara hierarki (skema)
- 3 jenis iaitu semantik, episodik, dan prosedural.
- Semantik ialah ingatan untuk makna yang disimpan sebagai proposisi (unit pengetahuan terkecil), imej dan skema.
- Ingatan episodik ialah iangatan maklumat yang terikat kepada suatu tempat dan masa tertentu.
-Ingatan prosedural ialah ingatan bagaimana melakukan sesuatu

Read More 3 Comments